Friday, May 21, 2010

Tips Langsing

Mesti Licinkan Pinggan Makan.


Mesti kita semua dah biasa sangat dengar perkataan ini. Ingat semasa kecil-kecil dulu, mak pasti akan naik darah kalu makanan di dalam pinggan kita tidak dihabiskan. Kadangkala keberangan mak sampai tahap kita pula dilarang meninggalkan meja makan selagi semua makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan.


Ini mengakibatkan bila kita semua sudah dewasa, tabiat melicinkan pinggan setiap kali makan tidak dapat dihakis. Bagi kita makanan di atas pinggan MESTI dihabiskan. Akibatnya, kita akan telan dan telan makanan sampai habis kesemuanya.


Bukan tabiat ini tidak elok, tetapi ini mengakibatkan kita terlebih makan walaupun sebenarnya perut kita susah kenyang. Pemakanan yang berlebihan ini adalah antara punca kenaikan berat badan.


Ok, kita perlu habiskan makanan atas pinggan untuk elakkan pembaziran tapi pasa masa yang sama kita perlu pastikan kita tidak terlebih makan. Bagaimana?


Usah risau, ikut tip-tip di bawah untuk melicinkan pinggan makan anda tanpa perlu risau akan kenaikan berat badan.


1) Makan menggunakan pinggan yang kecil. Pinggan yang kecil bermakna makanan yang anda dapat letak di atas pinggan juga sedikit.

2) Semasa menyediakan makanan, tinggalkan bekas yang berisi gulai di dapur. Hanya letak sedikit gulai di atas pinggan dan bawa pinggan itu ke meja makan. Anda mugkin berfikir 2 kali untuk bangun dari meja makan dan menuju ke dapur untuk mengisi semula pinggan anda nanti. Kemungkinan besar, anda malas mengangkat puggung dari kerusi. J

3) Makan perlahan-lahan dan nikmati makanan anda. Elakkan makan di depan tv. Jika anda tidak fokus semasa makan (sambil menonton tv) anda tidak akan sedar yang anda sudah terlebih makan.

4) Duduk berehat di kerusi selepas selesai makan. Bagi masa pada perut anda untuk memberitahu otak yang ia susah kenyang. Jika anda masih terasa lapar selepas beberapa minit, jangan isi semula pinggan sebaliknya minum segelas air. Tindakan ini akan memberi signal kepada otak bahawa perut sudah penuh dan tak perlu diisi.

Bagaimana pula jika anda perlu makan di luar bersama rakan-rakan? Tak sampai hati pula nak tolak tawaran rakan. Ehem, ikuti tip-tip di bawah ini pula jika anda perlu makan di luar.
1) Kongsi makanan bersama rakan. Minta pelayan membawa satu pinggan lebih untuk anda berkongsi makanan yang dipesan.

2) Jika tiada rakan yang mahu berkongsi makanan dengan anda. Jangan panik. Minta pelayan untuk membungkus setengah dari makanan yang dipesan tadi dan setengah lagi dihantar kepada anda untuk dimakan di situ. Selepas anda membawa pulang makanan itu ke rumah anda pasti susah teramat kepenatan keluar bersama rakan-rakan dan tidak akan menyentuh langsung makanan yang telah dibungkus tadi.

3) Perhatikan menu yang terdapat di restoran tersebut. Pesan menu untuk kanak-kanak jika ada. Kanak-kanak sudah tentunya makan lebih sedikit dari orang dewasa kan? Anda fikir sendirilah!

No comments:

Post a Comment