Monday, November 7, 2016

Apa nak ditakutkan dengan perkataan CARI ORANG..???

Ada orang sanggup cari sampah, car tin kosong, car besi buruk demi sesuap nasi...

Kita cari orang...bukan cari sampah, bukan cari besi, bukan cari tin kosong...apa nak dimalukan...???

Bisnes cari hantu pun kaya raya...U sanggup ke cari hantu...???

Kita mencari orang yang nak selamatkan duit mereka dari inflasi, demi masa depan, yang nak bayar hutang...., hutang PTPTN, hutang dengan MARA, hutang kereta dan rumah....dll.

Cari pengganggur yang perlu kerja kosong demi sesuap nasi... Cari kakitangan kerajaan yang sentiasa tidak cukup duit walaupun gaji sebulan RM3k...!!

CARI ORANG YANG ADA WAWASAN UNTUK MENGUBAH HIDUP YANG POSITIF DAN RAJIN BERUSAHA...

"SOME WANT...SOME WONT...SO WHAT...?? NEXT...!!!

Jangan putus asa...matlamat tu penting...bila tidak ada matlamat itu yang kita selalu tergelincir dari landasan kejayaan...

Sebab tu dalam biz banyak yang gagal dari yang berjaya, kerana hanya sedikit yang sanggup hadapi cabaran.

Orang selalu jadikan contoh orang yang gagal TETAPI tidak melihat penat lelah orang yang berjaya sebelum mereka melakar kejayaan.

Kejayaan biasanya datang dari satu langkah berani berubah, walau pun benda kita buat tu kekadang kita tidak suka.

Selamat BERNIAGA, SAVING & NETWORKING, AFFILIATE....

http://www.dananiaga2u.com/maijoin


Mazhan
http://bit.ly/1kaZxXm



Saturday, May 21, 2016

Ke mana hilang wang rakyat ?

Analisis BERITA oleh Ong Boon Teck

Tidak apa-apa  yang boleh dibanggakan. Begitulah kesimpulan yang boleh diperkatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Rabu lalu. 

Sememangnya rakyat Malaysia patut marah mengenai tahap prestasi pengurusan kewangan di dalam agensi-agensi kerajaan yang amat lemah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kecuaian dan ketirisan terus berlaku menyebabkan wang negara terus hilang dengan mudah tanpa terkawal. Tidak dinafikan seperti dinyatakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, terdapat 180 Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan mendapat penarafan Cemerlang (5 bintang), berbanding 114 pada tahun 2014. Namun, laporan berkenaan tetap mendedahkan wujudnya kelemahan dan kekurangan ketika menguruskan wang kerajaan oleh pegawai-pegawai terbabit. Sebagai contoh, Jabatan Audit mendapati kemudahan biometrik myIMMs yang menelan belanja RM10.3 juta telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai. Dengan harga yang mahal, ia sepatutnya boleh mempertingkatkan kemudahan di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia. Malangnya barang telah dibeli tetapi tidak ingin digunakan pula. Apa sebab dan tujuan? Begitu juga dengan pretasi keseluruhan projek pembinaan Rumah Kekal Baharu untuk mangsa banjir. Didapati hanya 40 peratus atau 557 daripada 1,395 unit rumah itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lalu. Ini menyebabkan seramai 557 mangsa banjir serta keluarga di lima negeri yang dilanda bencana alam itu pada akhir 2014 masih menetap di rumah transit, khemah dan sebagainya. Rakyat sedar kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat setiap kali dilanda banjir, tetapi persoalan kerap kali ditimbulkan ialah setiap kali begitu banyak wang peruntukan disediakan oleh kerajaan, namun masalah tetap gagal diselesaikan!. Di sinilah  terletak keupayaan pegawai-pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terbabit menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, menguruskan wang secara telus dan berhemah. Rakyat amat mengharapkan semua pegawai terbabit dapat meningkatkan kecekapan mereka ketika menjalankan tugas kerana ini bukan sahaja mampu memberikan imej yang baik di mata rakyat, malahan turut membawa penjimatan wang negara daripada berlaku ketirisan secara berpanjangan. 

Daripada laporan Ketua Audit Negara ini sudah jelas mendedahkan kepincangan dan kerugian yang berlaku. Ia membabitkan wang negara berjumlah bejuta-juta ringgit. Ini bukan sahaja berlaku pada tahun lalu tetapi tahun-tahun sebelum ini. Jelaslah kepada kita bahawa pegawai-pegawai atasan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi memandang sepi laporan tahunan itu yang dibentangkan di Parlimen. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan. Apakah kerana tidak adanya tindakan disipin dan hukuman dikenakan, maka mereka boleh terus mengabaikan tanggungjawab dengan sewenang-wenangnya? Agaknya kini sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik dengan mendakwa pegawai-pegawai kerajaan ke mahkamah sekiranya didapati melakukan kecuian ketika mengurus wang kerajaan. Jika tidak, maka tidak hairanlah dengan menunjukkan sikap 'tidak apa-apa' oleh sesetengah pegawai kerajaan, setiap hari wang negara terus hilang sedangkan wang yang berjuta-juta ringgit itu mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama golongan miskin di kawasan luar bandar. 

Sekiranya setiap tahun tidak ada pihak memandang serius mengenai laporan Ketua Audit Negara ini, kredibiliti Jabatan Audit Negara tentu tercalar, manakala penyiasatan dan pendedahan dilakukan hanyalah buang masa dan sia-sia sahaja. Oleh itu, rakyat ingin bertanyakan epada pemimpin negara, apakah mereka juga sekadar membaca laporan itu tanpa berusaha menyelamatkan wang negara darpada hilang setahun demi setahun?. 

Sinar Harian - Sabtu 21 Mei 2016

Tuesday, April 26, 2016

Copy group sebelah fakta atau auta?

AYAT 'Copy dari group sebelah' atau 'Copy paste dari group sebelah' kini menjadi satu trend yang sering kita akan lihat pada permulaan dan pengakhiran sesuatu mesej sama ada daripada group Whatsapp, facebook,Twitter dan platform media sosial lain.

Ayat alam maya itu kebiasaannya digunakan ketika berkongsi tip, pandangan, menyebarkan khabar angin, berita palsu ataupun mesej-mesej berunsur lepas tangan yang seolah-olah ingi berkongsi tetapi tidak mahu bertanggungjawab.

Ironinya, biarpun ia cenderung membawa berita atau mesej tidak sahih, ramai antara kita tetap berkongsinya tanpa memikir akibatnya. Umum menganggapnya sebagai satu perkara biasa dan ada di antara kita sudi berkongsi dengan harapan apa yang dilakukan memberikan impak psitif kepada pihak membaca ataupun memberi amaran awal sebeum sesuatu bencana berlaku. 

perkongsian 'pintar' itu sering menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan dan lebih cenderung menyusahkan banyak pihak darpada membantu orang ramai. contoh terbaharu membabitkan dakwaan pesawat milik Malaysia Airlines Bhd (MAB), penerbangan MH020 terhempas dekat Leon, Paris pada 22 Mac lalu. Spekulasi itu tersebar secara meluas melalui apikasi Whatsapp sehingga menyebabkan pihak MAB tampil menafikan berita palsu itu.

Malahan syarikat peerbangan negara juga turut memberitahu bahawa pekhidmatan MH020 telahpun ditamatkan pada Januari lalu. Biarpun mesejnitu jelas berunsur fitnah, ramai bertindak berkongsinya semata-mata mahu menjadi orang trawal menyalurkan maklumat terkini kepada rakan-rakan. Nasib sama turut menimpa syarikat minyak negara pada Ahad lalu, apabila modus operandi serupa digunakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan logi Petronas di Kerteh, Terengganu akan melepaskan gas dan bahan toksik berbahaya dan meminta orang ramai yang tinggal berhampiran tidak keluar rumah. Sekali lagi pihak bertanggungjawab terpaksa tampil menafikan penyebaran khabar angin tersebut dan meminta ia dihentikan. peliknya apabila pihak bertanggungjawab tampil memberikan kenyataan sebenar mengenai sesuatu kejadian ia tidak pula dikongsi sebagaimana berita palsu yang tersibar pada awalnya. ketika itu, kita lebih cenderung pejam sebelah mata berbanding menjelaskan kembali apa yang dikongsi merupakan satu kesilapan.

Sebagai pengguna kita sentisa mempunyai pilihan dalam menentukan apa ang kita ingin percaya atau pun tidak dan bukan bertindak terburu-buru dalam erkongsi maklumat kita tidak tahu kesahihannya. Menjadi orang pertama mengetahui sesuatu kejadian dengan harapan ramai akan berkongsi entri yang dimuat naik ke Facebook ataupun di media sosial lain tidak akan menjadikan kita sebagai seorang juara. Pokok pangkal setiap maklumat perlu dikongsi secara berhemah dengan dipastikan ketulenan berita supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada masyarakat buruk sangka. Fakta atau auta sesuatu berita itu perlu ditapis sebaik-baiknya dan bukan dikongsi sewenang-wenangnya. Justeru jadilah masyarakat bertanggungjawab dan jangan timbulkan situasi tegang terutama melibatkan isu-isu sensitif yang berkemungkinan besar bakal mengguris hati pihak-pihak tertentu.

Komentar oleh Hisham Idris - Penolong Pengarang Online Kosmo!
KOSMO! Jumaat 1 April 2016

Duit Dari Handphone

Thursday, March 31, 2016

Beijing makin agresif di Laut China Selatan

Komentar oleh : Wan Azhar Wan abdullah - penolong Pengarang Luar Negara

KONFLIK di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan terutamanya melibatkan Kepulauan Spratly mula mendidih. China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dengan Beijing mendakwa Kepulauan Spratly menjadi tempat nelayan-nelayannya menagkap ikan sejak turun-temurun.

China juga dikatakan marah kerana kawasan menagkap ikan di sekitar Kepulauan Spratly berkurangan dari 83,000 kilometer persgi pada 1989 kepada hanya sekitar 7,800 kilometer persegi sekarang ini.  Pendirian China berhubung tuntutannya ke atas Laut China Selatan juga menjadi semakin tegas dan berani sejak beberapa tahun lalu. Beijing mendakwa mempunyai hak ke atas Laut China Selatan kerana ia yang pertama menemui, menamakan dan mentadbir pulau dan terumbu di laut itu.

Tuntutan Beijing itu yang cuma bersandarkan sejarah lama itu tidak disenangi oleh jiran-jirannya yang lain terutamanya Vietnam dan Filipina.

Pada awal tahun ini, Mahkamah Tribunal Antarabangsa memutuskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang dibawa oleh Filpina terhadap China mengenai Kepulauan Spratly. China pula menolak menyertai prosiding itu kerana menganggap Mahkamah Timbang Tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusia lebih satu abad dan berpengkalan di The Hague, Belanda itu tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.

Sebelum ini, kawasan kapal tentera Filipina yang lemah menyebabkan China berjaya menguasai kawasan pertikaian itu. Scarborough Shoal yang sememangnya kaya dengan sumber perikanan. Kawasan itu terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina.

Satu demi satu tindakan China di Laut China Selatan yang bercanggah dengan semangatnya sebagai rakan Asia Tenggara menyebabkan rantau ini berada dalam delima.

Terbaru Indonesia, merancang untuk mendakwa enam kru sebuah bot nelayan China yang ditahan semasa satu konfrontasi di Kepulauan Natuna milik Indonesia, Jakarta sebelum itu berkata, beberapa bot pihak berkuasa Indonesia cuba merampas bot nelayan China itu yang menangkap ikan secara haram di Laut China Selatan pada Sabtu dua minggu lepas. Namun, mereka dihalang berbuat demikian oleh sebuah kapal pengawal pantai China.

Indonesia turut menyatakan bahawa kapal pengawal pantai China itu menceroboh kedaulatan negaranya. Selain Indonesia, Malaysia juga digemparkan dengan laporan 100 bot nelayan China dikesan menceroboh perairannya di sektar Kepulauan Spratly.

Ulasan Kementerian Luar China kedua-dua isu tersebut adalah rigkas dan angkuh. Beijing mendakwa bot-bot nelayannya tidak menceroboh perairan mana-mana negara di rantau ini. Bot-bot itu sebaliknya melakukan aktiviti menangkap ikan seperti biasa di perairan milik China.

Penulis berpendapat China agak terdesak untuk mengukuhkan tuntutannya di Laut China Selatan sebeum Mahkamah Timbang Tara PBB mengumumkan keputusannya berhubung kes yang difailkan oleh Filipina.

Tindakan agresif China itu juga akan menyebabkan negara-negara di rantau ini akan semakin berdampingan dengan Amerika Syarikat. Washington bertegas Laut China Selatan bukan milik mana-mana pihak dan kapal-kapalnya bebas belayar di laluan tersebut dengan membawa dagangan bernilai AS$5 trilion (RM19.8 trillion) setahun.

KOSMO! Isnin 28 Mac 2016 

=============================================================
Program King2e
http://goo.gl/oT05Ml


Monday, March 28, 2016

Kami Pemimpin Masjid, Bukan Mualaf

Pada Jumaat lalu, 25 Mac 2016, Sultan Perak dan Jaip mencipta sejarah luar biasa di tanah air. untuk  kali pertamanya dalam sejarah Malaysia, muhajir Cina diberi mandat dan amanah untuk memimpin sebuah Masjid, iaitu Masjid Cina Ipoh walaupun  wujud beberapa Masjid Cina  di negeri-negeri lain, tetapi kesemuanya bukan dipimpin oleh muhajir Cina. Langkah bersejarah ini adalah luarbiasa ke arah anjakan paradigma dari monokultural ke multikultural mindset

1.      Selama ini apabila seorang Cina memeluk Islam, dia dilabel mualaf selama-lamanya seolah-olah muhajir Cina adalah Muslim kelas kedua. Langkah memberi kepimpinan Masjid kepada muhajir Cina membuktikan muhajir Cina mampu berhijrah dari zon mualaf ke arah kepimpinan Islam. 

2.       Muhajir Cina patut mengorak langkah besar dalam mengutamakan tuntutan ilmu agama peringkat tinggi dan ilmu perbandingan agama. Jangan hanya sekadar ilmu asas fardu ain. 

3.       Muhajir Cina mesti meneruskan usaha menjadikan Masjid sebagai magnet multikultural. Pertandingan tanglung patut diadakan besar-besaran pada tahun ini di Masjid. Buat beberapa kategori pertandingan. Adakan kategori membuat tanglung dalam bentuk Masjid pelbagai budaya. 

4.       Bermesra dengan ahli kariah Muslim dan bukan Muslim selalu. Sebuah taman kanak-kanak dan orang tua patut dibuat di sebelah Masjid Cina Ipoh untuk menyemarakkan kemesraan jiran tetangga yang kebanyakannya Cina bukan Muslim. Taman patut menjadi sebahagian daripada Masjid kerana budaya Cina sangat mengutamakan harmoni natural ini. Tai chi boleh diajar setiap subuh di taman. Sesi minum teh Cina didalam Masjid patut kerap diadakan. Membancuh teh cina adalah merupakan satu seni yang sangat halus seolah-olah ia adalah cabang kungfu. Minum teh dalam budaya Cina adalah simbol harmoni dan tafakur di mana rakyat duduk bersama untuk berbincang dan bermesra. Kadang-kadang kita terlalu kiasu mengejar kemewahan material tetapi kita miskin masa. Sesi minum teh cina adalah peringatan bahawa masa dan kesihatan adalah dua kemewahan yang lebih utama. teh cina tidak mempunyai gula. Sangat baik untuk kesihatan. 

5.         Masjid Cina patut melancarkan channel sosial medianya supaya video-video yang dibuat oleh Masjid Cina dipancarkan ke seluruh dunia dengan harapan bahawa Masjid Cina Ipoh menjadi destinasi hamba-hamba ALLAH SWT seluruh dunia apabila mereka melihat keunikan reka bentuk Masjid digabungkan dengan mesej-mesej multikulural dan berinspirasi melalui aktivi-aktiviti Masjid. 

6.        Langkah pertama ialah membersihkan Masjid. Gambaran terhadap tandas Masjid tidak baik seolah-olah Islam hanya agama hudud dan halal haram, bukan agama kebersihan, sedangkan taharah adalah bab pertama dalam kitab-kitab fikah sebelum bab solat. Budaya konservatif selalu fikir masjid sebagai tempat solat tetapi lupa bab pertama fikah iaitu kebersihan dan penyucian rohani dan fizikal. Masjid Cina Ipoh patut menjadikan tandasnya lebih bersih dari Hotel Hilton!. Sebelum ke padang mahsyar, kita akan terima seksaan kubur di alam barzakh dulu kalau kita tidak jaga air  kencing kita. Maknanya jagalah kebersihan tandas. Jangan kedekut dalam memewahkan reka bentuk tandas dan perhiasan. Shoot video tentang tandas masjid dan pancarkan ke seluruh dunia. Kalau malu, ini adalah indikator bahawa tandas Masjid Cina Ipoh belum cukup bersih lagi! kebersihan lima bintang tandas dapat menarik perhatian dunia kerana ini adalah rare species. Insya'allah.

Cetusan : pandanganku Xifu Naser - Penulis ialah Ketua Biro Pendidikan Cina Muslim (Macma) Sinar Harian Selasa 29 Mac 2016

Tuesday, March 22, 2016

Permodenan dan ekstremisme agama ubah landskap desa

Satu ketika dahulu, kampung sering sinonim dengan kuatnya pengaruh agama. Ramai ulama lahir dari kawasan kampung dan pedalaman yang kebiasaannya  mempunyai banyak pusat pengajian agama  atau pondok. Malah, ada yang membuat perumpamaan, jika disitu  ada sawah padi maka disitu ada pondok agama. Masyarakat di kampung juga dikatakan begitu kuat berpegang dengan amalan-amalan agama.  Bagi mereka budaya seperti majlis tahlil, marhaban, majlis cukur jambul dan juga kenduri-kendara menjadi medium untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk. Semangat gotong-royong dan tolong-menolong juga cukup kuat menjadi budaya setempat.

Meskipun penduduk kampung rata-rata hanya menjadi petani, pesawah atau penternak, mereka hidup sejahtera dan cukup dengan apa yang ada selain menikmati kehidupan yang damai. Bagaimanapun, merentasi zaman dan masa, proses permodenan akhirnya mengubah landskap kampung. Malah, bagaikan ada satu pertentangan antara proses pemodenan dan mengekalkan tradisi. Generasi baru keluar berhijrah atau proses industri semakin dekat dengan kawasan kampung. Malah, ada kampung berubah wajah menjadi pekan dan bandar.

Dekad demi dekat berlalu, kampung juga berubah. Kemudahan prasarama makin bertambah baik. Sekarang sudah ada air paip dan bekalan elektrik. Berbanding dahulu, hanya ada cahaya pelita dan minum air telaga atau tadah air hujan. Berbanding dahulu, sekarang anak-anak teruja dan gembira apabila berpeluang pulang ke kampung. Ramai yang balik kampung pada hujung minggu untuk menenangkan fikiran selepas penat bekerja.

Namun, permodenan turut merosakkan landskap kampung. Permodenan hadir bersama budaya hedonisme. Ramai anak kampung turut terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah, malah ramai juga yang tercicir pelajaran.

Arus pembangunan juga kadang-kadang merosakkan. Kawasan bendang misalnya kini dicemari dengan racun rumpai. Kawasan hutan banyak digondolkan. Sungai-sungai turut tercemar dengan sampah dan sisa industri. Dahulu kalau di sawah, kita dapat memancing ikan. Kini ikan tidak sempat hidup, banyak mati akibat racun.

Selain proses permodenan, ekstremisme agama turut menjadi unsur  pertentangan yang banyak mengubah landskap kampung pada masa ini. Masyarakat kampung memang ternanti-nanti kehadiran ulama untuk menyemarakkan tradisi keagamaan. Namun, perubahan berlaku apabila lulusan agama generasi baharu kini begitu galak mengkritik tradisi dan budaya. Mereka begitu mudah mendakwa pihak lain mengamal bida'ah malah lebih jauh melemparkan tuduhan sesat dan kafir. Mereka keliru antara soal ibadah dengan tradisi dan budaya. Islam yang mereka cuba 'paksakan' ke atas masyarakat seakan-akan Islam yang antibudaya dan tradisi. Islam yang kering dengan budaya setempat akhirnya boleh menyebabkan generasi muda menjauhkan diri. Islam yang dibawa para alim ulama dahulu penuh dengan tasamuh (bertoleransi), beradab, berakhlak tinggi, lemah lembut serta jauh daripada bersikap konfrantasi. kini semuanya sudah tiada lagi. Berbeza dengan seglintir lulusan agama generasi baharu, lebih suka membesar-besarkan soal cabang dan perkara khilaf serta mencemuh budaya. Permodenan dan ekstremisme agama menjadi dua unsur yang membei cabaran kepada kita semua.

Artikal oleh : Helmi Mohd Foad (Pengarang Berita Kosmo) - KOSMO! Rabu 16 Mac 2016

Thursday, March 17, 2016

Kulit Terawat Serlah Penampilan

Secara umumnya, baik wanita atau lelaki harus menjaga kulit mereka daripada berbagai masalah supaya sentiasa ingin tampil awet muda dengan wajah bersih dan berseri.

Tidak perlu berbelanja mahal semata-mata bagi mendapat kulit mulus, cerah, anjal dan tegang kerana pemilihan produk kecantikan yang sesuai dan paling utama, tiada kesan sampingan berbahaya selain kaedah membersih wajah serta kaedah membersih wajah serta merawatnya.

Antaranya, cuci tangan hingga bersih sebelum menyentuh wajah bagi mengelak bakteria atau kotoran yang tidak kelihatan dipindahkan ke kulit wajah. Pembersihan kulit wajah perlu dilakukan pada pagi dan malam setiap hari walaupun anda tidak memakai sebarang alat solek kerana kulit mudah dinodai terutama habuk dan debu persekitaran. Pentingnya membersihkan muka pada waktu pagi kerana kulit mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari ketika sedang tidur. selain itu, anda juga perlu luangkan waktu untuk mengurut kulit bagi menstimulasikan pertukaran sel pada kulit. Malah melalui urutan lembut selama dua minit pada wajah juga dapat menghilangkan keletihan dan menenangkan kulit. Bagi kebaikan kesihatan kulit, amalkan banyak minum air kosong agar tidak kering dan nampak kusam.

Pemilihan kesesuaian produk penjagaan kulit juga penting kerana ada yang khusus untuk kulit berminyak, kulit kering, sensitif, dan kulit usia matang. Malah anda juga perlu mengubah jenis produk bersesuaian dengan musim, iklim, dan gaya hidup anda. Jika melihat tanda penuaan pada wajah muncul terutama sekitar mata, eloklah mula menggunakan produk perawatan anti penuaan untuk melambatkan proses berkenaan dan hindarilah mandi dengan air panas. Bagi kulit sensitif pula hangatkan dulu produk perawatan di genggaman  tangan sebelum memakainya dan lakukan perawatan kulit tanpa menggosok sebaiknya gunakan kapas muka, kain atau tisu. Bagi kulit usia matang pilih produk perawatan kulit anti penuaan bergantung pada keadaan kulit, keperluan dan musim.

Kawasan leher, mata, dan tangan yang tidak dijaga secara khusus boleh mengurangkan keindahan penampilan, jadi berikan perhatian yang lebih kepada  anggota badan terbabit, Jangan ragu menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian terutama produk yang dapat melembutkan permukaan kulit kerana kulit kering akibat terkena sinar matahari secara langsung boleh menyebabkan kedut. Bagi kulit berminyak pula, lindungi ia daripada terkena sinaran matahari secara langsung yang dapat mengumpulkan himpunan lemak di kulit wajah serta jangan memicit jerawat tanpa sebarang rawatan kerana akan meninggalkan kesan parut nyata yang sukar dihilangkan. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dapatkan bantuan serta nasihat pakar.


Petikan Artikel dari Berita Harian Isnin 7 Disember 2015

Sunday, March 13, 2016

Manfaat Buah Nanas

Info datang dari Dr. Soelihanto, seorang pakar bedah di Batam, Indonesia.

Makan nanas : kalau makan nanas bahagian tengahnya ramai yang buang kan!... mulai sekarang jangan dibuang ya !! bahagian tengah nanas sangat bagus, banyak seratnya bagi anti CANCER USUS.

Bahagian yang biasa kita makan itu umumnya adalah gula. Tengahnya itu namanya "BROMOLIN". khasiat "BROMOLIN" dirahsiakan oleh pihak para medis kerana "BROMOLIN" membantu penyerapan semua Vitamin, mineral dalam tubuh. Pada pesakit cancer, BROMOLIN menyerap kedinding2 sel sehingga ubat-ubat dapat benar-benar menembusi pada inti sel. Jadi pesakit hanya diperlukan 25% saja dari doz biasa. Misalnya: Antibiotik 100mg kalau makan "BROMOLIN", kita hanya perlu yang doz 25mg.

Mengapa di rahsiakan? Kerana industri ubat-ubatan dunia terancam penjualannya. Bayangkan saja dalam 1 pil, mereka biasa guna zat tertentu 100mg, lalu sekarang hanya 25mg, kalau begitu boleh gulong tikar syarikat pengeluar ubat-ubatan.

Semoga bermanfaat, jika anda makan nanas makan juga tengahnya kerana disitulah kebaikan utama yang boleh didapati dari buah nanas. "BROMOLIN" itu 10,000 kali lebih kuat dari kemotherapi.

Kisah benar : Pengalaman teman, beliau mengalami penyumbatan pembuluh darah yang luar biasa, sudah pasang ring 7. Sekarang dia makan "BROMOLIN" sama Vitamin C doz tinggi & penyumbat yang bersih sendiri. Dulu setiap 6 bulan sekali kepusan scan sering ada yang tersumbat. Sekarang dengan izin Allah, jadi bersih sama sekali dan lancar, tiada lagi yang tersumbat.

Semoga info ini bermanfaat!!
Mari kita berbagi info ini pada saudara-saudara, teman-teman, siapa tahu ada yang sangat memerlukan...

Wallahu A'lam....


Mazhan
TuneTalk Tone Excel