Tuesday, April 26, 2016

Copy group sebelah fakta atau auta?

AYAT 'Copy dari group sebelah' atau 'Copy paste dari group sebelah' kini menjadi satu trend yang sering kita akan lihat pada permulaan dan pengakhiran sesuatu mesej sama ada daripada group Whatsapp, facebook,Twitter dan platform media sosial lain.

Ayat alam maya itu kebiasaannya digunakan ketika berkongsi tip, pandangan, menyebarkan khabar angin, berita palsu ataupun mesej-mesej berunsur lepas tangan yang seolah-olah ingi berkongsi tetapi tidak mahu bertanggungjawab.

Ironinya, biarpun ia cenderung membawa berita atau mesej tidak sahih, ramai antara kita tetap berkongsinya tanpa memikir akibatnya. Umum menganggapnya sebagai satu perkara biasa dan ada di antara kita sudi berkongsi dengan harapan apa yang dilakukan memberikan impak psitif kepada pihak membaca ataupun memberi amaran awal sebeum sesuatu bencana berlaku. 

perkongsian 'pintar' itu sering menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan dan lebih cenderung menyusahkan banyak pihak darpada membantu orang ramai. contoh terbaharu membabitkan dakwaan pesawat milik Malaysia Airlines Bhd (MAB), penerbangan MH020 terhempas dekat Leon, Paris pada 22 Mac lalu. Spekulasi itu tersebar secara meluas melalui apikasi Whatsapp sehingga menyebabkan pihak MAB tampil menafikan berita palsu itu.

Malahan syarikat peerbangan negara juga turut memberitahu bahawa pekhidmatan MH020 telahpun ditamatkan pada Januari lalu. Biarpun mesejnitu jelas berunsur fitnah, ramai bertindak berkongsinya semata-mata mahu menjadi orang trawal menyalurkan maklumat terkini kepada rakan-rakan. Nasib sama turut menimpa syarikat minyak negara pada Ahad lalu, apabila modus operandi serupa digunakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan logi Petronas di Kerteh, Terengganu akan melepaskan gas dan bahan toksik berbahaya dan meminta orang ramai yang tinggal berhampiran tidak keluar rumah. Sekali lagi pihak bertanggungjawab terpaksa tampil menafikan penyebaran khabar angin tersebut dan meminta ia dihentikan. peliknya apabila pihak bertanggungjawab tampil memberikan kenyataan sebenar mengenai sesuatu kejadian ia tidak pula dikongsi sebagaimana berita palsu yang tersibar pada awalnya. ketika itu, kita lebih cenderung pejam sebelah mata berbanding menjelaskan kembali apa yang dikongsi merupakan satu kesilapan.

Sebagai pengguna kita sentisa mempunyai pilihan dalam menentukan apa ang kita ingin percaya atau pun tidak dan bukan bertindak terburu-buru dalam erkongsi maklumat kita tidak tahu kesahihannya. Menjadi orang pertama mengetahui sesuatu kejadian dengan harapan ramai akan berkongsi entri yang dimuat naik ke Facebook ataupun di media sosial lain tidak akan menjadikan kita sebagai seorang juara. Pokok pangkal setiap maklumat perlu dikongsi secara berhemah dengan dipastikan ketulenan berita supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada masyarakat buruk sangka. Fakta atau auta sesuatu berita itu perlu ditapis sebaik-baiknya dan bukan dikongsi sewenang-wenangnya. Justeru jadilah masyarakat bertanggungjawab dan jangan timbulkan situasi tegang terutama melibatkan isu-isu sensitif yang berkemungkinan besar bakal mengguris hati pihak-pihak tertentu.

Komentar oleh Hisham Idris - Penolong Pengarang Online Kosmo!
KOSMO! Jumaat 1 April 2016

Duit Dari Handphone