Salam hormat,
Masalah kekurangan idea untuk menulis blog memang satu masalah yang biasa bagi hampir
kesemua blogger.
Terutamanya kepada blogger baru. Jika kita tiada idea untuk menulis,tiada lah entri baru. Kesannya ialah, apabila terlalu lama blog tiada entri-entri terkini.
Sebab tu, jika anda rajin membaca blog orang lain anda akan mendapati entri-entri seperti; "sudah lama blog ni tak berupdate" "Dah bersawang blog ni" "Dah berhabuk... " dan sebagainya.
Dalam email ini, saya akan kongsikan satu cara kepada anda, untuk memastikan anda
sentiasa tidak ketandusan idea.
UPDATE Aktiviti anda di dalam blog. Tidaklah semua entri, tapi, cukuplah dijadikan cerita atau entri terbaru pada blog anda.
Anda boleh kongsikan pengajaran yang anda dapat daripada aktiviti anda tadi.
Contohnya, anda baru balik bercuti. Anda boleh cerita pengalaman percutian anda.
Anda boleh kongsikan gambar-gambar, video dan kalau boleh, cerita-cerita yang menarik.
Oklah, itu dahulu tip daripada saya.
Note : Tip ini ditulis oleh Raja Kamil
No comments:
Post a Comment