Jika 20 tahun lalu misalnya, seseorang individu boleh berasa tenang dan selesa untuk bersara kerana mempunyai wang pencen setiap bulan atau pun caruman wajib yang diterima selepas persaraan. Wang yang diterima ketika itu lebih mencukupi untuk menanggung keperluan asas serta keperluan tambahan dalam kehidupan seharian. Dalam keadaan sekarang, adakah kita masih boleh merasa selesa dan berpuashati untuk menjalani usia persaraan dengan hanya mempunyai satu aliran pendapatan?. Tidak dinafikan ramai berpendapat semuanya bergantung pada gaya hidup serta cara kita menguruskan perbelanjaan. Namun demikian, dengan peningkatan kos hidup, sama ada melibatkan makan minum, rawatan dan bil-bil perubatan, kos pengangkutan tidak termasuk percutian atau kos melancong bersama-sama keluarga, semestinya kita memerlukan alternatif atau pilihan bagi menjana pendapatan untuk menjalani usia selepas bersara.
Apakah peluang atau pilihan yang ada? Adakah kita merancang untuk terus bekerja walaupun usia sudah menginjak ke usia emas? Atau adakah kita ingin bergantung hidup dengan anak-anak atau kaum keluarga untuk menampung kehidupan kita sehingga habis usia? Bukankah mempunyai kebebasan kewangan adalah pilihan terbaik untuk diri kita dan keluarga?
Kaedah terbaik adalah mula menyimpan dari sekarang. Terdapat pelbagai instrumen pelaburan dan simpanan di pasaran. Bagi yang inginkan pulangan yang tinggi, mereka mempunyai pilihan pelaburan di pasaran saham, bon atau hartanah tetapi risiko yang perlu ditanggung juga tinggi. Sementara bagi yang hanya bersedia menanggung risiko yang lebih rendah atau sederhana, mereka boleh membuat simpanan di bank simpanan tetap, pelaburan unit amanah, pelabran dana amanah hartanah dan lain-lain, namun pulangannya juga rendah dan sederhana, setara dengan risiko yang ditanggung.
Cabar diri anda untuk membuat simpanan secara berkala, sama ada melalui potongan terus dari akaun gaji ke dalam akaun simpanan, atau menerusi skim potongan gaji majikan atau simpanan tunai. Simpanan berkala, konsisten dan dalam jangka masa panjang, memungkinkan simpanan anda berkembang ke tahap yang anda ingini. Bermulalah dari sekarang, berbincanglah dengan pihak yang berkenaan seperti bank atau agensi perundingan kewangan tentang kaedah terbaik untuk memulakan dana persaraan. Buktikan kepada diri anda yang anda boleh melakukan yang terbaik untuk masa depan diri sendiri dan keluarga serta bayangkan pada masa depan anda mampu berkata "saya menyimpan untuk tabung persaraan bermula dari usia muda. Kini saya mencapai matlamat kewangan dan mampu hidup dengan selesa di usia emas. Saya kini tenang kerana mempunyai kebebasan kewangan. (Artikel disalin semula dari Akbar Sinarharian Subtu 10Mei 2010).
Jika anda tidak berkesempatan untuk menabung, jangan bersedih kerana BISNES NO 1 dan NO 2 (seperti diatas) sedia memberikan kejutan untuk pendapatan pasif anda.
No comments:
Post a Comment