Komentar oleh : Wan Azhar Wan abdullah - penolong Pengarang Luar Negara
KONFLIK di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan terutamanya melibatkan Kepulauan Spratly mula mendidih. China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dengan Beijing mendakwa Kepulauan Spratly menjadi tempat nelayan-nelayannya menagkap ikan sejak turun-temurun.
China juga dikatakan marah kerana kawasan menagkap ikan di sekitar Kepulauan Spratly berkurangan dari 83,000 kilometer persgi pada 1989 kepada hanya sekitar 7,800 kilometer persegi sekarang ini. Pendirian China berhubung tuntutannya ke atas Laut China Selatan juga menjadi semakin tegas dan berani sejak beberapa tahun lalu. Beijing mendakwa mempunyai hak ke atas Laut China Selatan kerana ia yang pertama menemui, menamakan dan mentadbir pulau dan terumbu di laut itu.
Tuntutan Beijing itu yang cuma bersandarkan sejarah lama itu tidak disenangi oleh jiran-jirannya yang lain terutamanya Vietnam dan Filipina.
Pada awal tahun ini, Mahkamah Tribunal Antarabangsa memutuskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang dibawa oleh Filpina terhadap China mengenai Kepulauan Spratly. China pula menolak menyertai prosiding itu kerana menganggap Mahkamah Timbang Tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusia lebih satu abad dan berpengkalan di The Hague, Belanda itu tiada bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Sebelum ini, kawasan kapal tentera Filipina yang lemah menyebabkan China berjaya menguasai kawasan pertikaian itu. Scarborough Shoal yang sememangnya kaya dengan sumber perikanan. Kawasan itu terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina.
Satu demi satu tindakan China di Laut China Selatan yang bercanggah dengan semangatnya sebagai rakan Asia Tenggara menyebabkan rantau ini berada dalam delima.
Terbaru Indonesia, merancang untuk mendakwa enam kru sebuah bot nelayan China yang ditahan semasa satu konfrontasi di Kepulauan Natuna milik Indonesia, Jakarta sebelum itu berkata, beberapa bot pihak berkuasa Indonesia cuba merampas bot nelayan China itu yang menangkap ikan secara haram di Laut China Selatan pada Sabtu dua minggu lepas. Namun, mereka dihalang berbuat demikian oleh sebuah kapal pengawal pantai China.
Indonesia turut menyatakan bahawa kapal pengawal pantai China itu menceroboh kedaulatan negaranya. Selain Indonesia, Malaysia juga digemparkan dengan laporan 100 bot nelayan China dikesan menceroboh perairannya di sektar Kepulauan Spratly.
Ulasan Kementerian Luar China kedua-dua isu tersebut adalah rigkas dan angkuh. Beijing mendakwa bot-bot nelayannya tidak menceroboh perairan mana-mana negara di rantau ini. Bot-bot itu sebaliknya melakukan aktiviti menangkap ikan seperti biasa di perairan milik China.
Penulis berpendapat China agak terdesak untuk mengukuhkan tuntutannya di Laut China Selatan sebeum Mahkamah Timbang Tara PBB mengumumkan keputusannya berhubung kes yang difailkan oleh Filipina.
Tindakan agresif China itu juga akan menyebabkan negara-negara di rantau ini akan semakin berdampingan dengan Amerika Syarikat. Washington bertegas Laut China Selatan bukan milik mana-mana pihak dan kapal-kapalnya bebas belayar di laluan tersebut dengan membawa dagangan bernilai AS$5 trilion (RM19.8 trillion) setahun.
KOSMO! Isnin 28 Mac 2016
=============================================================
Program King2e
http://goo.gl/oT05Ml