Assalammualaikum. .......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ..so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati
anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya
.....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak
kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang
kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang
tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak
sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah
ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk
kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan
selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa
yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah
cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan
anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang
anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan
doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib
dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling
berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap
kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan
peranan dapur rupa-rupanya. .dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi
waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila
kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk
mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,
terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's
last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on
shall pass on his words to others,and those to others again; and may the
last ones understand his words better than those who listen to him
directly.... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my
weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu
A'lam... Terima Kasih,
No comments:
Post a Comment