Dalam zaman moden ini, keadaan ekonomi adalah penentu samada seseorang itu, sesebuah keluarga itu atau sesebuah negara itu, adalah dalam keadaan kuat atau lemah, berpengaruh atau kucing kurap, kaya atau miskin dan sebagainya. Keadaan ekonomi ini pula, berputar seperti roda, adakalanya ekonomi berkeadaan baik dan adakalanya krisis atau gawat. Krisis ekonomi datang pada jangkamasa tertentu yang disebabkan oleh beberapa elimen dan faktor yang bersangkutan dengan ekonomi, perniagaan, cuaca, politik, peperangan, bencana alam dan lain-lain. Pada tahun 1986 dan 1997, Malaysia telah mengalami krisis ekonomi yang serius dan perintnya masih segar dalam ingatan kita. Di millennium yang baru ini (bermula dari tahun 2000), faktor-faktor baru seperti teknologi maklumat (IT), multimedia, kesihatan dan sebagainya sedang menukar sama sekali senario penghidupan di seluruh dunia. Selain dari kesan positif, kesan negatif yang membawa 'kekecohan' luar biasa dari apa yang pernah dilalui oleh masyarakat dunia di abad-abad yang lalu, juga turut terjana.
Walau apa pun, yang paling nyata ialah, orang-orang yang hidup di zaman serba canggih ini, di mana sempadan di dalam dunia ini tidak wujud lagi, tidak kira di mana sahaja, tidak kira bangsa, warna, budaya dan agama, perlulah berada di dalam keadaan BERSIAP SEDIA dan CELIK EKONOMI, kerana kegawatan ekonomi boleh berlaku seperti datangnya banjir kilat!
Di abad-abad yang akan datang pula, mungkin elimen-elimen lain yang akan mengambil tempat dipentas utama krisis ekonomi. Tunggukanlah, ianya akan sentiasa datang dan akan pasti berlaku. Persiapan teliti adalah sangat perlu untuk kesinambungan hidup. Untuk itu sila lawat Bisnes-Bisnes (Pendapatan PASIF)saya di atas sebagai persediaan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak di ingini keatas pendapatan AKTIF anda.
No comments:
Post a Comment